Pada masa dahulu, Wilayah Mie membekalkan maharaja Jepun dengan makanan dan oleh itu telah digelar miketsukuni ("tanah hidangan empayar"). Mie diketahui sebagai sebuah tempat yang dipenuhi dengan gunung dan laut. Ia kaya dengan alam semula jadinya, sejarah, budaya dan kemudahan hiburan moden. Mie menanti anda dengan pelbagai keunikan, jadi pastikan anda datang melawat.
Wilayah Mie terletak di tengah-tengah Jepun menghadap Lautan Pasifik. Ia berada di antara bandar Nagoya, Osaka dan Kyoto, di mana semuanya boleh diakses daripada Mie. Wilayah ini boleh dicapai menggunakan bot laju dengan kira-kira 40 minit perjalanan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu, yang telah dibuka pada tahun 2005. ...